Blogger Backgrounds

realiti Hidup

realiti Hidup
Bunga Asyiqin

Followers

Tuesday 21 February 2012

Lawatan Klinik Kesihatan Bestari Jaya

staff nurse sedang memberikan penerangan
Syukur alhamdulillah setelah penat berfikir akhirnya allah s.w.t memberikan diri ini ilham untuk berfikir dengan lebih tajam dan pandang jauh ke depan.. direject bukan bermakna sudah tiada lagi jalan penyelesaian..berkat daripada Pensyarah yang banyak mengambil berat atas tanggungjawab yang dipikul ini, akhirnya dapat juga saya dan rakan-rakan yang lain meneruskan lawatan sambil belajar ini. Pada mulanya lawatan ini nk diadakan pada 12januari 2012 di Pusat Perubatan Universiti Malaya. tapi mungkin disebabkan oleh pandangan yang cetek yang meletakkan politik sebagai satu medium utama yang menyebabkan kami semua terpaksa membatalkan niat untuk membuat kunjungan disamping mnegeratkan hubungan silaturahim seislam dengan pihak ppum. (Mungkin disebabkan kes Adam Adli yang sedang hangat diperkatakan waktu itu,kami direject,.!! jangan kerana nila setitik,rosak seluruh warga Upsi tercinta) . hampi seminggu membuat reseach tentang hospital dan klinik yang ada disekitar hulu selangor dan perak..akhirnya alhamdulillah...Klinik Kesihatan Bestari Jaya sudi menerima kami    sebagai tetamu...terima kasih juga buat Dr.Azhari, pengarah Pejabat Kesihatan Kuala Selangor yang memberikan green light untuk kami meneruskan program lawatan ini.. Pucuk dicita, ulam mendatang tanpa dipinta, pihak mereka yang hatinya suci itu juga dengan senang hati menyediakan jamuan minum pagi (nasi lemak dan tea panas) sungguh menyelerakan ye pembaca sekalian.. Alhamdulillah juga sepanjang program ini berjalan, tiada masalah yang dihadapi kami..semuanya berjalan dengan lancar. Terima Kasih pada mereka-mereka yang memberi kerjasama.. 

No comments:

Post a Comment