Blogger Backgrounds

realiti Hidup

realiti Hidup
Bunga Asyiqin

Followers

Thursday 26 January 2012

Mabruk ya ukhti Siti Asiah vs Abd Razak

Selamat Pengantin Baru Puan Siti Asiah...baru beberapa jam bergelar isteri kepada Mr Abdul Razak... sangat bahagia bila tengok kakak angkat yang sorang ni dah bergelar isteri orang... lepas ni dah xboleh nk tolol2 macam dulu dah.. terkenang sangat-sangat kami bergelar mahasiswa Jinan University dulu..
k.siah adalah orang yang paling banyak membantu dalam segala hal. tempat aku marah,sedih, luah perasaan, gelak ketawa... sama-sama bawa pelancong dari malaysia menjelajah china.. sama-sama hidup sebagai seorang perantau di negara orang..tapi kenangan masa dekat china dengan k.siah semuanya kelakar2 dan akan sentiasa menjadi memori indah yang xdapat dilupakn.. masa dok china dulu kami memang antara yang aktif buat kerja2 yang huduh2..hahaha(boleh ke kata mcm 2).. aku dengan k.siah ni dulu masa bawa orang melancong macam2 ujian dan benda2 yang kelakar kami buat,.. lari kejar teksi, mara pemandu teksi, angkat barang berguni-guni,..macam2 lah..sampai ada yang dengki dengan keakraban kami. sekaang k.siah dah kawin...hhmmm..susah la nk jumpa geng macam k.siah ni....apa-apa pun wish u selamat pengantin baru,semoga kekal ke anak cucu..
sangat secocok pengantin..bagai pinang dibelah dua...:-)

Selamat Hari Jadi Buat diriku...........:-) :-) :-)

Syukur alhamdulillah ku panjatkan kepada allah s.w.t kerana sehingga saat ini saya masih lagi bernafas di muka bumi ciptaan tuhan yang maha esa.. hari ini 27.01.2012 genap usiaku 22 tahun. dilahirkan dengan cukup sifat dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibubapa.. syukur yang tidak terhingga kerana dikurniakan sebuah keluarga yang saling kasih dan sayang menyayangi...dilahirkan dalam keadaan yang sempurna...diberi nikmat kesihatan yang baik.. dan segala nikmat yang saya kecapi pada hari ini.. walaupun hidup ini penuh dengan liku-liku yang terpaksa aku tempuhi. terima kasih ya tuhan buat kedua ibu bapa saya Mohamad Said bin Jaffar dan my mum Masniah Haji Yahaya kerana sabar dan telah berjaya mendidik diri ini menjadi seorang yang berguna dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.. (i love my parents very much)!! tidak dapat saya bayangkan bagaimana seorang yang dilahirkan dengan tidak cukup sifat seperti seorang insan yang saya temui sewaktu saya menaiki teksi dari ktmb untuk pulang ke khar td.. (baru smpai di kolej harun aminurashid 8.00pm td) dilahirkan dengan tidak cukup sifat dan tidak berupaya untuk melakukan sesuatu seperti seorang yang normal..lebih menyedihkan, insan itu diserahkan oleh keluarga angkat untuk dijaga kerana keluarganya tidak mahu mmenerimanya.. atas rasa simpati tadi saya berniat untuk bersedekah kepada insan tersebut.(walaupun sedekah itu tidak boleh ditunjuk atau diberitahu tetapi saya nk tulis juga...ntah sebab apa..huhuhuhu..)
Selamat Hari Jadi Buat Diriku...semoga diri ini menjadi lebih matang dan lebih bijak untuk menilai mana yang intan dan yang mana kaca..
semoga diri ini sentiasa berada dalam lindungan ilahi................amin
semoga diri ini sentiasa diberkati dan ditrahmati selalu..................amin
semoga diri ini mencapai cita-cita yang diinginkan................amin
semoga diri ini berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat....................amin
semoga diri ini akan berubah menjadi lebih baik............amin
semoga diri ini dikurniakan seorang insan yang dapat membimbing dunia dan akhirat...........amin
semoga diri ini akanmencapai target dalam pelajaran..............amin





gambar hiasan untuk tatapan... bersama Che ah,Diba,Saya dan ayu
yang merapu di malam hari....mencoret lalu tercalit habis terpalit...(<_^)

Wednesday 25 January 2012

Blog..blog..Blog..

blog...saya suka sangat baca blog..macam2 jenis genre blog yang saya dah baca. politik,dunia,ekonomi,dunia luar,pengetahuan am,agama dan macam2 lagi.... Terutama kisah tentang kehidupan yang dicoret blogger bertauliah..tapi setakat ni blog yang paling menyentuh hati dan membuatkan hati saya sentiasa ingin mengetahui tentang liku-liku perjalanan blogger itu..buat setakat ini biarlah blog tersebut menjadi rahsia hati saya.. belum tiba masanya untuk dikongsikan dengan anda...wink3..(kejam kan?)
banyak yang nk  ditulis dalam blog yang comel2 dan berbunga-bunga ni..(macam tuan empunya blog:-) bak kata "orang itu" tulis blog ada masa buat assignment yang menggunung xde masa.. dalam hati saya (ikut suka hati jantung paru-paru saya lah..)walalalaa...
di petang yang mulia ni memang xde keje....qistina yang comel pulak tgh tdo... acipak je yang dok tegelak2..geram tol saya tgk gelagat anak-anak buah yang comel ni....... gambar di bawah saja-saja untuk tatapan...
muka asyifa yang innocent :-)


tina yang comel2...

Monday 23 January 2012

semakin meningkat usia....22


allah selamatkan kamu...allah selamatkan kamu..selamat ulang tahun kelahiran yang ke 22.
bukan pada yang budak baju hitam 2... untuk housemate masa sem 1, blokmate sem 2 dan housemate balik sem 3...ofcoz la yang baju kuning 2.. Saida Saing.. Jauh terbangnya membe aku sorang ni..tawau-tanjung malim (jauh bukan?)
tahun lepas aku bagi hadiah cermin katak... tahun ni rasanya nk bg katak betul kot... xdecide lagi nk bg hadiah apa... tungguuu!! gambar hadiah akan diupload kemudian ok..:-)
ucapan untuk beday girl:- semoga panjang umur dan murah rezeki
        -bahagia dunia akhirat
               -berjaya dunia dan akhirat

pelajar cemerlang

sejak petang tadi memikirkan macamna nk jadi pelajar yang cerdik,pandai,genius..(xcaya cek 

facebok Bunga Asyiqin cepat)... setelah diselidik,dikorek,ditobek dan dicarik dari beberapa laman 

web..akhirnya inilah yang dapat dikongsi..(tapi sayang xde follower lagi.. xpe2 baru je merepek-

repek dalam blog ni kan..)
Peribahasa Melayu berbunyi "Sediakan payung sebelum hujan." Madah Melayu ini 
mempunyai nilai yang tersirat begitu mendalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu  
perkara perlu bersedia terlebih dahulu. Orang yang sentiasa bersedia akan menghadapi  
sesuatu kemungkinan yang datang dengan mudah, kerana mereka sudah bersedia tapi 
sebaliknya bagi mereka yang tidak bersedia. Mereka akan gagal akhirnya.
Ciri-ciri Pelajar yang Cemerlang
  1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
  2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
  3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
  4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
  5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
  6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
  7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
  8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
  9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
  10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
  11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
  12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
  13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
  14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
  15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
  16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
  17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
  18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
  19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah.Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif.
  20. Jadual ini mestilah dipatuhi.
  21. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
  22. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
  23. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
  24. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
  25. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
  26. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
  27. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
  28. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
  29. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
  30. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang.Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
  31. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan.
  32. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
  33. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
  34. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari 
    kejayaan yang lebih cemerlang.


    yang merapu..Bunga Asyiqin

assignment oh assignment!!!

aduh!! cuti CNY dah nk habis..maknanya semakin dekat la due date nk submit assignment yang menggunung banyaknya.. nk buat rasa xde mood lagi...kawan2 yang lain agaknya dah siap kot.. apa la nk jadi dengan Bunga Asyiqin ni.. aku mmg dari dulu kalau xde mood mmg xboleh buat homework dengan hati yang ikhlas.. tapi kalau time ada mood semuanya akan aku buat dengan ikhlas dan hasilnya sangat la bagus! Sejak study kat malaysia ni baru lah terasa life macam seorang pelajar..masa duduk china dulu  rasa nk pi kelas pun malas sebab lect x ambik kisahlangsung nk datang ke x. klu lect tanya pun aku akan jawab "sibuk bisnes puan"(tapi dalam bahasa mandarin la kan):-) assignment masa study kat china pun senang jer..xyah nk serve2 internet cari maklumat.. rindunya suasana kat china.. tapi apakan daya impian aku bukanlah menjadi seorang bussiness woman pun... i have my own ambition........and that is my secret.wink3x.. 
Macamna pun balik tanjung malim ni kena siapkan semua assignment dengan cepat,pantas padat dan tangkas dan hasilnya pun insyaallah memuaskan.. dimana ada kemahuan disitu ada jalan.. macam prinsip hidup yang aku pegang selama ni "Make It Easy". kalau kita dah set kat mind kita benda 2 senang,memang  benda yang susah pun akan jadi senang jer.. Doakanlah semseter ni aku dapat keputusan yang dapat bagi mak abah tersenyum lagi... amin.

Taubat Seorang Hamba Feat. Hafiz (ex-unic) Mp3 | MusicDumper.com - Free MP3 Downloads, Music Search and Embed Codes for your Profile!

Taubat Seorang Hamba Feat. Hafiz (ex-unic) Mp3 | MusicDumper.com - Free MP3 Downloads, Music Search and Embed Codes for your Profile!

Secret Recipe

hari ini 23hb....sedia maklum beday aku 27hb..:-) wink3 (dah tambah 1 angka lagi dalam umur.) disebabkan aku nk balik tanjung malim awal.. kakak yang tersangat baik hati belanja la secret recipe.. kira sambut beday awal sikit dari tarikh la kan..hak3!! Dark White Chocolate Cheese...nama bukan main sedapkan..tapi rasanya ok la.. dah orang belanja semuanya jadi sedap.. gambar xboleh diupload atas sebab2 teknikal..:'(

Bunga Asyiqin...

testing...testinggg.....minat yang dah terkubur sejak di bangku skolah rendah akan diteruskan dalam blog ini... tunnggguuuuuu!!!