Blogger Backgrounds

realiti Hidup

realiti Hidup
Bunga Asyiqin

Followers

Wednesday 29 August 2012



Fuh!! Letihnya aku.... kesian blog ni dah lama di dudakan..hahaha... sya bukan x igt kat awk yer encik blog.... tapi sya xda mood nk menulis.. ni bru dtg mood nk buat entry tentang raya..

1stly nk ucap Selamat Hari Raya maaf zahir batin pada semua...< masalahnya ada ke yang sudi baca blog usang nih> Raya tahun ni best sebab adik beradik cukup korum... so gambar raya tahun ni pun perfect la.. :-) bab bergambar ni paling best sbnrnya..!

Tahun ni plak family belah my mom buat family day...lagi la happening...walaupun majlisnya xbesar...ckup bermakna oo.. thanx to my kak long yang organize all the things... sanggup tu malam raya balut hamper.. sampai tertidur2... orang lain malam raya masak rendang,bakar lemang..hahaha..

Nak tambah lagi best raya tahun ni... 3 orang sepupu bertunang.. 2 belah mak, 1 belah abah... sangat la busy memenuhi jemputan pertunangan.... nak plak raya ke-4 pergi jitra meminang anak dara kedah,...mahal anak2 dara kedah ni..huhuhu... tahniah to Aizat, Shimah and azwa..

dan hari2 seterusnya dipenuhi dengan tetamu-tetamu yang datang..mekasih yer sudi dtg ke teratak kami.. and    a million2 of thanx to tetamu yang xdisangka..Nur Jannah.. sampai gak ko kat umah aku yer...:-) dtg lagi tau!!

xnak la tulis panjang-panjang..nti korang mesti boring kan... layan je gambar2 yang ada yer...^_^

start with the hero....

heroin dalam family kami...

~~yang masih muda mudi~~ (walaupun ada yang dh jdi mak org)

All of us..~~ cameraman nasib ko lah yer xde dlm gmbr..hahaha

family kami...Puan Masniah yahaya dan Encik Mohamad Said

family atam Encik Asri yahaya dan Puan Maimunah

family atih Puan Salmah Yahaya dan Encik Zaidi 

Family K.long 

family kak cu...

anak2 bujang mak abah... yang tgh tu cucu... 

sayang mak!! maaf zahir batin ye... 

syg abah!! maaf zahir batin juga... jgn marah2 kin makan laksa yer.. dah feveret..:-)

Family abg am..

with anak2 buah tercinta

with my sepupu...kami sebaya...:-)

malam bbq...org kuat tgh dok kipas..

the only anak dara...:-)

malam family day... magrib berjemaah dan tahlil..

Bangayk sangat gambar... kalau rajin kita wat entry khas pasal family day tu yer.. kalau rajin lah yer..kalau xrajin sory...huhuhuhu...Oklah..nti kita sambung lain yer... Selamat menyambut hari merdeka!! JANJI DITEPATI!!



Wednesday 8 August 2012

Jodoh itu Ketentuan Tuhan


Wahai hati....bersabarlah... indai dia bukan jodohmu....biarkanlah... teruskan berdoa agar ditemukan dengan insan yang benar-benar layak memimpin.. sesungguhnya janji tuhan itu pasti, takdir tuhan akan pasti.. terimalah dengan hati yang ikhlas... andai dia juga adalah jodoh ku, berlari kemana pun dia tetap jodoh yang ditetapkan...
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.  Bukankah dangan Ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
“…Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.”
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.
Insan kerdil yang perlu dibimbing.....