Blogger Backgrounds

realiti Hidup

realiti Hidup
Bunga Asyiqin

Followers

Thursday 29 March 2012

~~~Cinta Allah~~~

Cinta yang sebenar adalah cinta yang mampu menguatkan lagi cinta seorang hamba kepada Allah..
Cinta yang bersandarkan pada syariat Allah..bahagia dunia yang kekal membawa hga ke akhirat...sandarkanlah cintamu ke atas makhluk ciptaanNya semata2 kerana Allah..disitulah terletaknya cinta hakiki agar nanti dirimu tidak kecewa andai impian tidak seindah yang diimpikan..subhanallah..('',)♥ Allah..
siapalah kita yang hendak meletakkan cinta itu lebih dari  cinta kepada allah s.w.t.......^_^
Peringatan buat Bunga Asyiqin ,carilah cinta yang betul-betul datang dari hati yang suci..  
(Menunggu lamaran dari putera raja) itu satu fantasi dan bukan realiti....

sekiann...



Tuesday 27 March 2012

aktiviti hari ni..


hah..lebih kurang mcm ni la rupa aku msa masak tadi..


haaa..entry kali ni nk cita plak aktiviti yang aku buat hrni..entry sebelum ni aku dah post kan pasai aku boring xtau nk buat apa.... so aku buat la xtvt2 yang korang pun selalu buat.. mula2... lepas bgn tu aku main masak2 dulu kat dapur macam kungfu panda... nk tau apa aku masak hrni?? jeng..jeng..jeng...


menu pertama-sambal sotong (aku pinjam kat pakcik google)


Menu kedua-ikan sardin goreng bersalut tepung


menu ketiga- ikan masin goreng (ni pun aku pinjam pakcik google)

ni menu petang tadi..ada 3 biji pisang..aku buat juga sbb aku teringin nk makan ^_^

Lepas aku masak..aku iron semua baju kurung kakak aku..nk dekat 20 pasang juga la..tudung lagi...dengan isi masa-masa aku iron baju tu samapi petang sambil layan cita kat tv n youtube..
(nasib xterbakar baju yang aku iron tu,.)




Lepas hbs iron baju, aku basuh baju pulak..tapi aku tekan2 jer.. org gaji jepun yang tolong basuhkan..hahaha... lepas tu pkul 6 bru aku sidai baju..( aku mmg malas nk sidai basuh n sidai baju pun)

Ni la org gaji jepun yang ada kat umah kakak aku ni..

anak pakcik google tgh sapu smpah

aktiviti last sekali aku kemas rumah sikit2..sapu sampah..bagi cun2 sikit.. nti puan rumah nk balik kan.. huhuhu... caoo!!

Monday 26 March 2012

Tolunnn!


Nampak tak muka aku yang tengah boring tu? (gambar hiasan yang lebih kurang muka aku) hehehe.. ^_^
da dua hari duduk rumah xbuat apa2.. masak,basuh baju..tu je keje...kemas rumah pun xda benda yang nk dikemas sgt..setakat mainan dak comel cecipak tu...seminit dah siap..huhuhu.. 

tolong!!!tolong!!!tolong!!! xtau nk buat apa nih...pada sesiapa yang perlukan khidmat aku sekitar tg malim ni..calling aku tau. dah xtau nkn buat apa nih.. hehehe.. 

aktiviti aku harini membuta jer.. dari kakak aku pi kelas pukul 8 sampai la pkul 11 bru bangun.. best oo tdo time hujan...xda sapa nk kacau lak tu.. terjaga pun sebab orang sebelah ni melalak panggil anak dia..


hah! tengok..baby ni pun tau boring... lebih kurang aksi aku mcm boring la.. lemak ketul2 lak tu..hohoho
nk layan facebook pun kebanyakan kawan2 aku dah balik kampung..kampung diorg xde tenet kot..sbb tu la xonline.. selalunya notification banyak je..ni klu aku buka paling banyak pun 10... 

any suggestion untuk isi masa yang terluang ni? hadooiiii aiii... sebelum aku jadi gila..hahahahah..bubye!! jumpa lagi!! kalau tengahari ni aku boring xdak keja n klu aku xtdo, aku post lagi ek..



Permaisuri


Gelaran Raja Permaisuri Agong adalah di khas kan untuk suri(isteri)bagi kepala negara iaitu Yang Dipertuan Agong.Raja Permaisuri Agong tidak dilantik sebagai mana perlantikkan dan pemilihan YDPA.Ianya secara automatik menjadi pemilik kepada isteri pertama YDPA.


Raja Permaisuri Agong pertama dari kalangan rakyat biasa.




Pada 26.O4.1989,Malaysia mencatatkan satu sejarah dan kelainan apabila Paduka seri Sultan Perak,Sultan Azlan Muhibbudin Shah dipilih sebagaai YDPA.Ini bermakna Permaisuri perak ketika itu,Tuanku Bainun secara rasminya menjadi Raja Permaisuri Agong Malaysia pertama menaiki takhta dari kalangan orang kebanyakkan.sejarah juga tercatat apabila gendik diraja atau tiara yang dipakai di Jemala(kepala)Raja Permaisuri Agong diperbuat baru.ini kerana Gendik yang dipakai oleh permaisuri gahara(keturunan raja)adalah tidak sama dengan apa yang dipakai oleh Permaisuri dari Kalangan Kebanyakkan.


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-9 Tuanku Bainun bt.Mohd Ali
26 April 1989 - 25 April 1994

Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan,Tuanku Bainun dilahirkan di Pulau Pinang.Menerima pendidikan sekolah menengah di Sekolah St. George’s, Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, United Kingdom.Tuanku bainun juga adalah seseorang guru dan berpengalaman mengajar hampir 22 tahun.Sebagai menghargai sumbangan baginda kepada masyarakat dan bidang pendidikan,Tuanku bainun telah mendapat penghormatan dan dianugerahkan "A Fellow of Liverpool John Moores University".Baginda juga merupakan Penaung kepada beberapa organisasi dan persatuan amal di Perak, iaitu: Persatuan Bola Keranjang Wanita Perak, Persatuan Badminton Wanita Perak, Pergerakan Pandu Puteri, Persatuan Hoki Wanita Perak dan PERKIM.Selepas menamatkan tugasnya pada tahun 1994,baginda kembali ke perak menjadi DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan,Tuanku Bainun.
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, D.K., D.K.(Selangor), D.M.N., D.K.A.


Raja Permaisuri Agong Kedua dari kalangan Rakyat biasa.

Sebut sahaja Permaisuri Siti Aishah,siapa tidak mengenali baginda.Ya,baginda lah yang saya maksudkan.Menaiki takhta pada usia 29 tahun,menjadikan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong termuda dalam sejarah malaysia dan Permaisuri kedua termuda dalam Duniaselepas Permaisuri Rania dari jordan.Baginda juga adalah Permaisuri pertama yang memakai hijab dalam urusan hariannya.Sememangnya baginda amat dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.Baginda hanya sempat menduduki taktha selama 2 tahun 5 bulan sebelum kemangkatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-11 Tuanku Siti Aishah
26 April 1999-21 November 2001.

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah dilahirkan pada 18 November 1971 dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA, kampus Kota Bharu, Kelantan dalam bidang perbankan.Dengan kehendak Allah yang menentukan jodoh pertemuan, maka pada 3 Mei 1990, baginda telah dipertemukan jodoh dengan DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Istiadat pertabalan baginda sebagai DYMM.Tengku permaisuri negeri selangor telah dijalankan pada 24 Oktober 1998 bersamaan 03 Rejab 1219.selepas pertabalan itu,YAM Permaisuri siti aishah bergelar DYMM Tengku Permaisuri selangor,Siti Aishah.

Selepas kemangkatan suaminya,baginda menjalani kehidupan yang 'low profile' bersama keluarga tercinta.sesungguhnya baginda adalah figura pada zamannya,menjadi contoh pada rakyat jelata terutamanya para muslimah sesuai dengan tarafnya yang pernah mewakili wanita malaysia sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia.Daulat Tuanku Permaisuri.

 Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah, Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).,DK(Selangor)., DMN., DA(Sarawak) 

Raja Permaisuri Agong ketiga dalam kalangan rakyat biasa.

Penyandang seterusnya bagi gelaran Raja Permaisuri Agong ketiga dari kalangan rakyat biasa ialah Tuanku Nur Zahirah.Dilahirkan sebagai Rozita bt Aidil Bakeri,baginda merupakan Raja Permaisuri Agong kedua Termuda selepas Tuanku Siti Aishah.Menaiki takhta pada usia 33 tahun,baginda juga adalah Permaisuri Agong kedua yang memakai hijab dalam aktiviti seharian.Amat meminati bidang seni membuatkan Universiti Teknologi Mara menamakan galeri seni mereka dengan nama Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah.



Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-13 Tuanku Nur Zahirah
13 Disember 2006-Sekarang

Dilahirkan pada 7 Disember 1973 bersamaan 12 Zulkaedah 1393 Hijrah. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Nicholas Convent, Alor Setar dan Sekolah Menengah St. Nichols Convent, Alor Setar. Baginda pernah mengikuti kursus dalam bidang sumber manusia.Baginda Tuanku Nur Zahirah telah melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 28 Mac 1996.

Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri.Baginda telah dimahkotakan sebagai Permaisuri pada 12 Julai 1998 dan dikurniakan Darjah Kerabat Terengganu Yang Maha Mulia Darjah Yang Pertama (D.K.) pada 16 Januari 1999. Baginda turut dikurniakan Bintang Kebesaran Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.) pada 9 Julai 1998. Baginda telah dimasyhurkan dengan kurniaan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah pada 5 Jun 2005.

Permaisuri Agong ini juga amat menitik beratkan pemakaian yang sempurna dalam kehidupan seharian

copy dari syukury.blogspot

Sunday 25 March 2012

Carilah Untukmu Seorang Imam | iluvislam.com discover the beauty of islam

Carilah Untukmu Seorang Imam | iluvislam.com discover the beauty of islam

Bukit Fraser..here we come.

yuhuuuu!! exam dah habis.... kebetulan duduk dengan my kakak yang suka berjalan dengan laki dia..aku pun menempek la sekaki.. sekaki je bukan banyak kaki ok.. kali ni diorg decide nk ke Bukit Fraser.. dah godek-godek pakcik google earth kat mana Bukit Fraser tu... 22km je dri tg malim kalau ikut bukit bukau gunung ganang belakang kampus baru upsi tuh,.. klu ikut jalan raya 42km jer.. dekat jerk!!!! bru tau wei.. kami pun siap2 n terus pegi.. smpai je kat atas... aircond dh xpayah pasang.. kat luar sejuk original..cuaca haritu pun sgtla bagus... terima kasih ya allah..^_^

masa bru smpai tu kitorg terus cari tempat makan...lapo wei mendaki bukit..walaupun tayar keta yang mendaki.huhuhu.. kalau dah tempat peranginan al-wajib la makanannya semua mahal..masa makan tu kitorg hati2 je ambik makan.... buatnya over bajet..huhuhu..

pusat bandar Bukit Fraser ni cantik sgt..rasa mcm dekat oversea... padang golf di tengah2 pekan.. korang bayangkan lah..!! hehehe... tapi sgt lah cantik..sesuai untuk couple dtg..couple dh kawen wei.. tapi klu yang bawa ank kecik berderet2 mmg xsesuai lah.....

malas nk tulis dh ni...nk pi kerah org gaji jepun basuh baju jap.... ok ^_^























Thursday 22 March 2012


Semoga Allah memakbulkan doaku ini..:-)  dah habis dah sem 3... sem 4 akan menyusul.. sem ni sangat mencabar... :-(

Hot Spring Sungai Kelah ^_^

assalamualaikum..:-)
cuti sekolah minggu lepas nurin,tina,mak,apip datang tanjung malim.. yang bestnya kami balik tanjung malim berperingkat.. aku balik dgn kak cu malam ahad tu, esoknya mak dengan nurin pulak mai dengan acik, tulatnya pulak si Tina dgn paksunya ( a.k.a adik aku la tu ) mai.. minggu tu pulak exam so hari rabu petang tu baru boleh balik rumah kak cu,..kesian budak2 tu rindu kat aku..

hari khamis tu kami xp mana2 pun...Jumaat kami decide pergi hot spring sungai kelah..saja nk bawa nurin dengan tina mandi air.. xpuas la kan kalau mai berjalan x isi dengan aktiviti yang menarik... kami bertolak pukul 9.30 pagi...dari tanjung malim nk ke hotspring tu just 40 minit..pkul 10 lebih kami dah smpai.. masa sampai tu dah nk mula ramai orang.. mahal pulak tiket masuk kali ni..dewasa 12rm, kanak-kanak 10rm... naseb baik la si tina kecik boleh la aku dukung buat macam kanak2 umur 3 tahun..bru la F.O.C..

masuk  kali ni pun kena cek tiket, keta xboleh parking smpai dalam...kena naik ketapi semput..huhuhu..
dah smpai kan apa lagi.... mandi la.. layan gmbar je la korang yer..


                                 BudaK yang paling excited mandi kolam... xpadan dengan kecik..


                              Nurin Najwa yang cantik...:-) nurin pun berani juga.tapi ajak naik yang kat belakang tu                      
                              dia xmau..penakut!!


                               budak ni paling takut nk mandi...takat mandi kolam kat tepi2 baik mandi kat dalam bilik                                                  
                               air je... alahai ini budak...:-9 tina..tina..


                                  sukanya dia...



naik pelampung pun kat area cetek...apa barang hang ni tina oi..


                                     My mum yang xberapa puas berendam dalam air panas..













                             Lastly muka puas syifa mandi kolam...hahaha....