Blogger Backgrounds

realiti Hidup

realiti Hidup
Bunga Asyiqin

Followers

Monday 26 March 2012

Permaisuri


Gelaran Raja Permaisuri Agong adalah di khas kan untuk suri(isteri)bagi kepala negara iaitu Yang Dipertuan Agong.Raja Permaisuri Agong tidak dilantik sebagai mana perlantikkan dan pemilihan YDPA.Ianya secara automatik menjadi pemilik kepada isteri pertama YDPA.


Raja Permaisuri Agong pertama dari kalangan rakyat biasa.




Pada 26.O4.1989,Malaysia mencatatkan satu sejarah dan kelainan apabila Paduka seri Sultan Perak,Sultan Azlan Muhibbudin Shah dipilih sebagaai YDPA.Ini bermakna Permaisuri perak ketika itu,Tuanku Bainun secara rasminya menjadi Raja Permaisuri Agong Malaysia pertama menaiki takhta dari kalangan orang kebanyakkan.sejarah juga tercatat apabila gendik diraja atau tiara yang dipakai di Jemala(kepala)Raja Permaisuri Agong diperbuat baru.ini kerana Gendik yang dipakai oleh permaisuri gahara(keturunan raja)adalah tidak sama dengan apa yang dipakai oleh Permaisuri dari Kalangan Kebanyakkan.


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Ke-9 Tuanku Bainun bt.Mohd Ali
26 April 1989 - 25 April 1994

Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan,Tuanku Bainun dilahirkan di Pulau Pinang.Menerima pendidikan sekolah menengah di Sekolah St. George’s, Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Kirkby, Liverpool, United Kingdom.Tuanku bainun juga adalah seseorang guru dan berpengalaman mengajar hampir 22 tahun.Sebagai menghargai sumbangan baginda kepada masyarakat dan bidang pendidikan,Tuanku bainun telah mendapat penghormatan dan dianugerahkan "A Fellow of Liverpool John Moores University".Baginda juga merupakan Penaung kepada beberapa organisasi dan persatuan amal di Perak, iaitu: Persatuan Bola Keranjang Wanita Perak, Persatuan Badminton Wanita Perak, Pergerakan Pandu Puteri, Persatuan Hoki Wanita Perak dan PERKIM.Selepas menamatkan tugasnya pada tahun 1994,baginda kembali ke perak menjadi DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan,Tuanku Bainun.
Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Bainun, D.K., D.K.(Selangor), D.M.N., D.K.A.


Raja Permaisuri Agong Kedua dari kalangan Rakyat biasa.

Sebut sahaja Permaisuri Siti Aishah,siapa tidak mengenali baginda.Ya,baginda lah yang saya maksudkan.Menaiki takhta pada usia 29 tahun,menjadikan baginda sebagai Raja Permaisuri Agong termuda dalam sejarah malaysia dan Permaisuri kedua termuda dalam Duniaselepas Permaisuri Rania dari jordan.Baginda juga adalah Permaisuri pertama yang memakai hijab dalam urusan hariannya.Sememangnya baginda amat dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.Baginda hanya sempat menduduki taktha selama 2 tahun 5 bulan sebelum kemangkatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-11 Tuanku Siti Aishah
26 April 1999-21 November 2001.

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah dilahirkan pada 18 November 1971 dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA, kampus Kota Bharu, Kelantan dalam bidang perbankan.Dengan kehendak Allah yang menentukan jodoh pertemuan, maka pada 3 Mei 1990, baginda telah dipertemukan jodoh dengan DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Istiadat pertabalan baginda sebagai DYMM.Tengku permaisuri negeri selangor telah dijalankan pada 24 Oktober 1998 bersamaan 03 Rejab 1219.selepas pertabalan itu,YAM Permaisuri siti aishah bergelar DYMM Tengku Permaisuri selangor,Siti Aishah.

Selepas kemangkatan suaminya,baginda menjalani kehidupan yang 'low profile' bersama keluarga tercinta.sesungguhnya baginda adalah figura pada zamannya,menjadi contoh pada rakyat jelata terutamanya para muslimah sesuai dengan tarafnya yang pernah mewakili wanita malaysia sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia.Daulat Tuanku Permaisuri.

 Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah, Knight Grand Cross (First Class) of the Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).,DK(Selangor)., DMN., DA(Sarawak) 

Raja Permaisuri Agong ketiga dalam kalangan rakyat biasa.

Penyandang seterusnya bagi gelaran Raja Permaisuri Agong ketiga dari kalangan rakyat biasa ialah Tuanku Nur Zahirah.Dilahirkan sebagai Rozita bt Aidil Bakeri,baginda merupakan Raja Permaisuri Agong kedua Termuda selepas Tuanku Siti Aishah.Menaiki takhta pada usia 33 tahun,baginda juga adalah Permaisuri Agong kedua yang memakai hijab dalam aktiviti seharian.Amat meminati bidang seni membuatkan Universiti Teknologi Mara menamakan galeri seni mereka dengan nama Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah.



Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Malaysia ke-13 Tuanku Nur Zahirah
13 Disember 2006-Sekarang

Dilahirkan pada 7 Disember 1973 bersamaan 12 Zulkaedah 1393 Hijrah. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan St. Nicholas Convent, Alor Setar dan Sekolah Menengah St. Nichols Convent, Alor Setar. Baginda pernah mengikuti kursus dalam bidang sumber manusia.Baginda Tuanku Nur Zahirah telah melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 28 Mac 1996.

Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri.Baginda telah dimahkotakan sebagai Permaisuri pada 12 Julai 1998 dan dikurniakan Darjah Kerabat Terengganu Yang Maha Mulia Darjah Yang Pertama (D.K.) pada 16 Januari 1999. Baginda turut dikurniakan Bintang Kebesaran Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji (S.S.M.T.) pada 9 Julai 1998. Baginda telah dimasyhurkan dengan kurniaan gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah pada 5 Jun 2005.

Permaisuri Agong ini juga amat menitik beratkan pemakaian yang sempurna dalam kehidupan seharian

copy dari syukury.blogspot

1 comment: